Skip to main content

Lanjutan daripada pengumuman permainan pernambah-baikkan Burnout Paradise oleh EA bulan lepas bersama tarikh pelancaran buat pasaran Jepun, EA hari ini akhirnya berkongsi tarikh pelancaran bagi permainan tersebut buat pasaran global iaitu pada tarikh yang sama, 16 Mac dan mereka juga menyertakan sebilangan kandungan dan juga pernaik-taraf buat permainan tersebut.

https://www.youtube.com/watch?v=f4JqCmt9hzE

Bagi anda yang ingin mengembara semula di Paradise City, selain daripada peningkatan taraf visual grafik, EA juga mengumumkan bahawa permainan tersebut akan menyokong 60FPS dan juga resolusi 4k bagi konsol Playstation 4 Pro dan Xbox One X.

Selain itu, Burnout Paradise Remastered juga bakal menyokong mod multi-pemain sehingga lapan pemain secara serentak dimana pemain berupaya untuk berlumba ataupun menghancurkan trafik.

Tambahan juga, permainan ini juga akan menyertakan kesemua kandungan DLC pernambahan yang dilancarkan sebelum ini buat permainan tersebut, termasuklah DLC pernambahan motosikal Burnout Bikes.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan ini, anda boleh membuat pra-tempahan di kedai atas-talian permainan Playstation Network dengan harga RM149, manakala di Xbox Store, berharga $39.99(~RM156). Bagi pengguna PC, tarikh pelancaran dan harga bagi permianan tersebut akan diumumkan kelak melalui Origin.

Leave a Reply