Informasi Permainan Video Terkini
Burnout Paradise Bakal Dilancarkan Kembali Di Playstation 4 Sebagai Permainan Pernambah-Baikkan

Burnout Paradise Bakal Dilancarkan Kembali Di Playstation 4 Sebagai Permainan Pernambah-Baikkan

Diterbitkan pada Jan 6, 2018 oleh .

Permainan perlumbaan dunia terbuka yang penuh aksi Burnout Paradise kini akhirnya akan dilancarkan semula di konsol generasi kini sebagai permainan pernambah-baikkan.

EA minggu ini akhirnya mengumumkannnya secara rasmi yang mana ia bakal tiba di Playstation 4 pada 16 Mac 2018 buat pasaran Jepun. Namun, bagi pasaran global, EA masih belum lagi mengumumkan sebarang tarikh pelancaran.

Walaubagaimana pun, kami di Aksiz percaya EA akan lancarkan permainan tersebut secara global dalam masa terdekat dengan pelbagai pernambah-baikkan visual grafik seperti sokongan resolusi 4k dan sebagainya.

Burnout Paradise merupakan permainan perlumbaan dunia terbuka yang dilancarkan pada 2008 lepas di konsol Playstation 3, Xbox 360 dan PC. Ia dibangunkan oleh Criterion Games dan dilancarkan oleh EA.