Pada Disember lepas, Bandai Namco mengumumkan permainan My Hero Academia: One’s Justice akan dilancarkan tahun ini. Kini, Bandai Namco akhirnya mendedahkan dua lagi watak buat permainan tersebut iaitu All Might dan Bakugo.

Dua watak yang diumumkan tersebut merupakan salah satu watak utama di dalam siri anime My Hero Academia. All Might, iaitu adiwira asal yang memberi kuasanya kepada Deku manakala Bakugo pula adalah rakan dan sekelas Deku yang juga merupakan persaingan beliau.

My Hero Academia: One’s Justice merupakan permainan perlawanan yang memfokuskan watak-watak daripada anime My Hero Academia. Buat masa ini, Bandai Namco belum berkongsi lagi informasi penceritaan permainan ini dan juga tarikh pelancaran tersebut.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Bandai Namco juga menegaskan bahawa permainan ini akan mempunyai sistem bentuk permainan yang mana pemain berupaya untuk menghancurkan kawasan sekeliling dan menggunakannnya untuk bertempur dengan musuh.

Permainan My Hero Academia: One’s Justice dirancang untuk dilancarkan pada 2018 ini di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC.

Sohor Kini