Informasi Permainan Video Terkini
THQ Nordic Berkongsi Trailer Terbaru Biomutant – Mempamerkan Bentuk Permainan Beraksi
PC

THQ Nordic Berkongsi Trailer Terbaru Biomutant – Mempamerkan Bentuk Permainan Beraksi

Diterbitkan pada Feb 20, 2018 oleh .

Tahun lepas, THQ Nordic mengumumkan permainan aksi pengembaraan dunia terbuka, Biomutant. Kini, mereka berkongsi satu lagi trailer terbaru yang mempamerkan sebilangan bentuk permainan bagi permainan tersebut.

Di dalam trailer tersebut, ia memaparkan sebilangan bentuk permainan dimana pemain berupaya untuk bertempur dengan musuh dengan pelbagai senjata, dan juga menaiki seakan kenderaan yang bebentuk sebuah tangan. Pemain juga berupaya untuk mengembara dengan meluncur di udara dan memanjat bukit-bukau.

Pemain juga berupaya untuk mereka watak mutasi yang mana pemain diberi kebebasan untuk menggunakan pelbagai senjata dan kemahiran untuk meneruskan hidup di dalam permainan ini. Pembangun permainan juga menjanjikan bentuk permainan penceritaan secara solo bagi permainan tersebut.

THQ Nordic masih belum mengumumkan tarikh pelancaran bagi permainan tersebut, namun menurut mereka, permainan tersebut akan dilancarkan tahun ini buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN