Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Aksi Dunia Terbuka Biomutant Diumumkan – Akan Hadir Pada 2018
PC

Permainan Aksi Dunia Terbuka Biomutant Diumumkan – Akan Hadir Pada 2018

Diterbitkan pada Ogos 21, 2017 oleh .

Selepas ketirisan tempoh hari, hari ini pihak THQ Nordic secara rasminya telah memperkenalkan permainan RPG berbentuk aksi dunia-terbuka, iaitu Biomutant.

Biomutant menawarkan permainan aksi RPG yang membolehkan pemain memainkan watak mutan dengan ciri penembak, mutan, melee dan sebagainya secara masa-nyata. Dengan nama Biomutant, ia membolehkan anda mengubah-suai watak berasaskan sistem mutasi, selain menggunakan kelebihan untuk menjana peralatan untuk digunakan dalam permainan.

Biomutant ini akan ditawarkan untuk PlayStation 4, PC dan juga Xbox One pada tahun 2018 kelak.