Informasi Permainan Video Terkini
Bandai Namco Mempertontonkan Trailer Terbaru Super Robot Wars X – Menyertakan 23 Siri Mecha

Bandai Namco Mempertontonkan Trailer Terbaru Super Robot Wars X – Menyertakan 23 Siri Mecha

Diterbitkan pada Feb 20, 2018 oleh .

Tahun lepas, Bandai Namco mengumumkan permainan Super Robot Wars X, iaitu merupakan permainan terbaru bagi siri Super Robot Wars. Ia dirancang untuk dilancarkan di Playstation 4 dan Playstation Vita pada 26 April ini. Kini, Bandai Namco akhirnya berkongsi trailer terbaru dan senarai kesemua siri anime mecha yang bakal tiba buat permainan tersebut.

Super Robot Wars X merupakan siri permainan Super Robot Wars yang ketiga yang dilancarkan di Playstation 4 selepas Super Robot Wars V dan Super Robot Wars OG: The Moon Dwellers. Super Robot Wars X akan memfokuskan penceritaan bertema “Another World” yang seakan Super Robot Wars EX.

Berikut adalah senarai siri mecha yang bakal tiba buat permainan Super Robot Wars X:

  • The Unchallengeable Daitarn 3
  • Aura Battler Dunbine
  • New Story of Aura Battler Dunbine
  • Mobile Suit Zeta Gundam
  • Mobile Suit Gundam ZZ
  • Mobile Suit Gundam: Char’s Counterattack
  • Mobile Suit Gundam: Char’s Counterattack – Beltorchika’s Children
  • Mobile Suit Gundam F91
  • Mobile Suit Gundam Wing: Endless Waltz
  • Mobile Suit Crossbone Gundam: The Steel Seven
  • Gundam Reconguista in G
  • Mashin Hero Wataru
  • Nadia: The Secret of Blue Water
  • Brave Express Mightgaine
  • Gurren Lagann
  • Gurren Lagann The Movie: The Lights in the Sky are Stars
  • Code Geass: Lelouch of the Rebellion R2
  • True Mazinger Edition Z: The Impact!
  • True Mazinger ZERO vs Great General of Darkness
  • Mazinkaiser
  • Buddy Complex
  • Buddy Complex Final Act -Into the Skies of Tomorrow-
  • Cross Ange: Rondo of Angels and Dragons

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, permainan ini akan dilancarkan di Malaysia dengan suara bahasa Jepun dan sarikata bahasa Inggeris.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan permainan Super Robot Wars di konsol Playstation 4 atau Playstation Vita bermula 26 April ini.


TIPS & ULASAN