Informasi Permainan Video Terkini
Super Robot Wars X Diumumkan Oleh Bandai Namco – Bakal Tiba Di Playstation 4 Dan Playstation Vita

Super Robot Wars X Diumumkan Oleh Bandai Namco – Bakal Tiba Di Playstation 4 Dan Playstation Vita

Diterbitkan pada Dis 12, 2017 oleh .

Siri permainan Super Robot Wars sememangnya terkenal dengan mempunyai bentuk permainan yang merangkumi sebilangan robot mecha daripada pelbagai siri anime dan manga daripada Jepun. Kini, Bandai Namco akhirnya mengumumkan siri permainan terbaru iaitu Super Robot Wars X.

Menurut Bandai Namco, Super Robot Wars X akan dilancarkan di Malaysia pada 26 April 2018 khas konsol Playstation 4 dan Playstation Vita. Permainan ini akan sertakan dengan suara latar Jepun dan sarikata Inggeris.

Terdapat sebilangan mecha yang akan sertai permainan terbaru Super Robot Wars daripada siri Gundam seperti Gundam Reconguista in G sehinggalah ke siri The Unchallengable Daitarn 3.

Super Robot Wars X merupakan siri permainan Super Robot Wars yang ketiga yang dilancarkan di Playstation 4 selepas Super Robot Wars V dan Super Robot Wars OG: The Moon Dwellers. Super Robot Wars X akan memfokuskan penceritaan bertema “Another World” yang seakan Super Robot Wars EX.

Bagi anda yang berminat untuk kembali ke dunia Super Robot Wars, jangan lupa untuk mendapatkan permainan Super Robot Wars X bermula 26 April 2018 ini di Playstation 4 dan Playstation Vita.


TIPS & ULASAN