Jika pada Disember lepas Bandai Namco memberi peluang untuk pemain mencuba Naturo to Boruto: Shinobi Striker melalui beta tertutup kali ini ianya dibuka untuk semua melalui beta terbuka.

Beta terbuka ini hanya untuk Playstation 4, dan akan bermula pada 23 Februari sehingga 25 Februari. Melalui beta terbuka ini, arena baru akan diperkenalkan iaitu Hidden Sand dan pemain juga boleh menggunakan 30 ninjutsu.

Permainan Naruto To Boruto: Shinobi Striker merupakan permainan aksi pengembaraan yang memfokuskan bentuk permainan secara multi-pemain dimana pemain berupaya untuk bertempur secara berpasukan sehingga 4 pemain untuk menentang pasukan yang lain. Ia dirancangkan untuk dilancarkan pada awal tahun 2018 di Playstation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini