Bagi anda yang berminat untuk mencuba permainan Naruto To Boruto: Shinobi Striker, kini adalah peluang anda untuk mencuba permainan tersebut lebih awal dimana Bandai Namco minggu ini mengumumkan bahawa pendaftaran beta tertutup bagi permainan tersebut dibuka sekarang. Beta permainan tersebut akan bermula 16 sehingga 17 Disember ini mengikut masa.

Beta tersebut akan bermula mengikut jadual sepanjang dua hari antara 16 hingga 17 Disember. Berikut adalah jadual masa bagi beta tertutup tersebut:

  • Sesi Pertama – 4:00 pagi hingga 7:00 pagi (16 Disember)
  • Sesi Kedua – 5:00 petang hingga 8:00 malam (16 Disember)
  • Sesi Ketiga –  1:00 pagi hingga 4:00 Pagi (17 Disember)
  • Sesi Keempat – 9:00 pagi hingga 12 tengah hari (17 Disember)

Permainan Naruto To Boruto: Shinobi Striker merupakan permainan aksi pengembaraan yang memfokuskan bentuk permainan secara multi-pemain dimana pemain berupaya untuk bertempur secara berpasukan sehingga 4 pemain untuk menentang pasukan yang lain. Ia dirancangkan untuk dilancarkan pada awal tahun 2018 di Playstation 4, Xbox One dan PC.

Bagi anda yang berminat untuk menyertai beta tertutup, anda boleh membuat pendaftaran di laman rasmi Bandai Namco dibawah dengan menyertakan emel dan informasi anda.

Daftar : Beta Tertutup Naruto To Boruto: Shinobi Striker

Sohor Kini