Mattel mengumumkan patung Barbie terbaru berdasarkan watak Lara Croft. Barbie ini akan dikeluarkan pada 9 Mac ini pada harga $30 (RM 116). Rekaan Barbie ini adalah berdasarkan Lara Croft dari filem terbaru Tomb Raider yang dilakonkan oleh Alicia Vikander.

Selain dari pakaian yang berdasarkan filem, akan disediakan juga adalah buku dan kapak pendaki sebagai aksesori tambahan. Filem Tomb Raider juga akan dikeluarkan pada bulan yang sama iaitu 15 Mac ini.

Sohor Kini