Informasi Permainan Video Terkini
Jom Tonton: Trailer Terbaru Filem Tomb Raider Memfokuskan Kisah Silam Lara Croft

Jom Tonton: Trailer Terbaru Filem Tomb Raider Memfokuskan Kisah Silam Lara Croft

Diterbitkan pada Jan 19, 2018 oleh .

Tomb Raider merupakan filem terbaru untuk siri permainan ini dan bakal ditayangkan bermula 15 Mac ini. Warner Bros hari ini mengeluarkan trailer terbaru untuk filem ini.

Trailer ini selain menunjukkan pelbagai masalah yang dihadapi oleh Lara Croft lakonan Alicia Vikander, ia juga memfokuskan kisah silam terutama hubungan antara Lara Croft dan ayahnya Richard Croft.

Walaupun kami agak ragu-ragu mengenai filem yang berdasarkan siri permainan, tetapi melalui dua trailer untuk filem ini kami tidak sabar untuk menontonya.