Lanjutan daripada ura-ura berkenaan Megaman Legacy Collection 1 & 2 bakal tiba di Switch secara bersama, tampaknya Capcom sememangnya akan melancarkan koleksi permainan tersebut secara bersama di konsol Switch.

Hari ini, Capcom mengumumkan bahawa permainan koleksi Megaman Legacy Collection 1 & 2 akan dilancarkan secara bersama di konsol Nintendo Switch pada 22 Mei ini. Dimana sebelum ini, permainan tersebut dilancarkan secara berasingan buat konsol-konsol lain. Capcom juga mengumumkan kandungan tambahan bagi mereka yang menggunakan Amiibo Megaman ketika bermain permainan ini.

Megaman Legacy Collection 1 & 2 merupakan permainan koleksi pernambah-baikkan yang merangkumi permainan-permainan klasik Megaman yang dilancarkan di NES sehinggalah Playstation 1 sebelum ini. Permainan tersebut akan menyertakan permainan Megaman 1 sehinggalah Megaman 10 dan juga mempunyai sebilangan kemaskini dari segi visual dan juga mod permainan yang baru.

Bagi anda yang meminati siri Megaman, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan koleksi permainan Megaman dari Megaman pertama sehinggalah Megaman 10 bermula 22 Mei ini.

Sohor Kini