Pada tahun lepas, Ubisoft mengumumkan kemaskini kandungan Operation Chimera yang mana mereka merancang untuk melancarkannya pada tahun ini. Kini, Ubisoft akhirnya berkongsi berkenaan DLC pernambahan tersebut dengan mengumumkan Mod Outbreak yang memfokuskan bentuk permainan secara koperasi menetang musuh seakan zombi.

Mod Outbreak akan diperkenalkan melalui DLC Kandungan pernambahan Operation Chimera yang mana ia merupakan DLC kelapan bagi permainan tersebut. Selain pernambahan dua operator baru Lion dan Finka, Ubisoft juga menyertakan mod Outbreak yang mana ia memfokuskan bentuk permainan secara koperasi  antara tiga pemain akan bekerjasama untuk menyelesaikan objektif mengikut kawasan permainan tersebut.

Ini juga merupakan salah satu kandungan yang dijanjikan oleh Ubisoft sempena tahun ketiga bagi permainan Rainbow Six Siege sejak pelancarannya 2015 lepas. Mod Outbreak boleh dimainkan di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC bermula 6 Mac sehingga 3 April.

Sohor Kini