Skip to main content

Minggu ini, Ubisoft akhirnya melancarkan pernambahan terbaru buat permainan Rainbow Six Siege iaitu Operation White Noise. Disamping itu juga, Ubisoft juga mengumumkan bahawa permainan Rainbow Six Siege kini mempunyai jumlah pemain sehingga 25 juta.

Ogos lepas, Ubisoft melaporkan bahawa permainan tersebut mempunyai 20 juta pemain berdaftar. Tampaknya dengan hanya 4 bulan, Ubisoft mencapai 5 juta pemain tambahan. Ini merupakan kejayaan yang besar bagi Ubisoft tambahan dengan sokongan mereka yang sentiasa melancarkan kandungan baru buat permainan tersebut. Antara kemaskini terbaru adalah Operation White Noise yang dilancarkan secara serentak di Playstation 4, Xbox One dan PC pada minggu ini.

Operation White Noise merupakan pernambahan DLC terbaru bagi permainan tersebut dan merupakan pernambahan terakhir bagi tahun kedua permainan tersebut. Pernambahan ini akan menyertakan tiga Operator baru bersama kawasan Myeok Tower yang bertempatkan di Korea Selatan.

Tampaknya perkembangan permainan Rainbow Six Siege tidak akan berhenti disini. Ubisoft sebelum ini juga memperacahkan perancangan mereka untuk kemaskini terbaru untuk permainan tersebut bagi tahun ketiga dengan Operation Chimera yang mana akan tiba pada 2018 kelak.

Leave a Reply