Pada tahun lepas, Atlus mengumumkan bahawa permainan JRPG Persona 5 akan diterjermahkan kepada bentuk animasi yang mana ia akan dipertayangkan pada April tahun ini. Kini, Aniplex dan A-1 Pictures, iaitu studio anime yang bertanggungjawab terhadapi animasi tersebut mempertontonkan trailer terbaru bagi animasi Persona 5: The Animation.

Trailer tersebut memaparkan saat dimana watak utama Persona 5, Ren Amamiya menerima Persona pertamanya dan sebilangan watak-watak lain seperti Ann dan Ryuji juga dipertontonkan.

Menariknya, trailer tersebut dipertontonkan melalui saluran Youtube AniplexUS dan bersama sari kata bahasa Inggeris. Sekaligus Atlus mungkin akan melancarkan anime tersebut bagi pasaran global kelak. Buat masa sekarang, anime Persona 5: The Animation dirancang untuk ditayangkan bermula April ini.

Sohor Kini