Siri permainan Persona merupakan antara siri permainan yang popular, dan seperti siri sebelum ini, kali ini penerbitnya akan turut menawarkan siri animasi pendek bersempena Persona 5.
Sebelum ini, pembangunnya telah mengumumkan siri animasi Persona 5 akan ditayangkan pada 2018 kelak, dan berkongsi lanjut mengenainya – kini penerbitnya mengatakan ia akan ditayangkan bermula April 2018 kelak.
Seperti biasa, ia hanya disasarkan untuk pasaran Jepun sahaja buat masa ini. Tetapi, kita mungkin akan dapat melihat versi yang ditambah sarikata ditawarkan peminatnya dalam waktu terdekat selepas tayangan di Jepun.