Pada Disember lepas, Bandai Namco mengumumkan permainan perlawanan Soul Calibur VI yang mana ia bakal tiba di Playstation 4, Xbox One dan PC. Kini, Bandai Namco mempertontonkan trailer terbaru yang memfokuskan watak Heishiro Mitsurugi.
Trailer tersebut memaparkan Motohiro Okubo, penerbit bagi permainan Soul Calibur VI yang mana beliau berkongsi berkenaan watak Mitsurugi. Mitsurugi merupakan salah satu watak utama bagi siri permainan Soul Calibur sejak pelancaran permainan asal, Soul Edge.
Soul Calibur VI merupakan permainan perlawanan yang memfokuskan pertempuran secara bersenjata. Seperti permainan Soul Calibur sebelum ini, permainan Soul Calibur VI akan memfokuskan bentuk perlawanan secara 8 arah pergerakkan. Selain itu, Bandai Namco juga mengumumkan mod pertempuran yang baru buat permainan tersebut iaitu Reversal Edge yang akan membenarkan watak untuk bertembung sesama mereka dan menyerang balas berdasarkan aksi musuh.
Soul Calibur VI dirancang untuk dilancarkan pada tahun ini buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.