Informasi Permainan Video Terkini
Figura Aksi Call of Duty Diumumkan Dan Dihasilkan Oleh McFarlane Toys

Figura Aksi Call of Duty Diumumkan Dan Dihasilkan Oleh McFarlane Toys

Diterbitkan pada Feb 16, 2018 oleh .

Di dalam lanskap permainan FPS, Call of Duty ialah siri blockbuster yang telah mengutip jualan mencecah berbilion Dollar. Call of Duty WWII yang dilancarkan tahun lalu berjaya mencapai jualan $500 Juta dalam masa tiga hari. Ini  jauh lebih pantas dari kutipan filem blokbuster di bioskop.

Bagi peminat tegar siri ini, anda pasti gembira mendengar figura aksi COD akan dihasilkan oleh McFarlane Toys. Dua figura yang diperlihatkan setakat ini ialah Soap MacTavish dan Ghost dari siri Modern Warfare. Beberapa figura lagi akan diumumkan secara rasmi di New York Toys Fair hujung minggu ini. Harga jualan setiap figura ialah sekitar $20 (~RM 78) sebuah.

Kami harus akui amat meminati siri COD dan figura dari McFarlane Toys. Kali terakhir mereka menghasilkan figura dari siri COD adalah pada tahun 2008 yang bertemakan siri World at War. Apabila dilancarkan kelak kami akan Oscar Mike ke kedai menjual figura untuk memilikinya.


TIPS & ULASAN