Informasi Permainan Video Terkini
Beta Rocket League Tournaments Akan Bermula 21 Hingga 23 Februari Buat Pemain PC
PC

Beta Rocket League Tournaments Akan Bermula 21 Hingga 23 Februari Buat Pemain PC

Diterbitkan pada Feb 15, 2018 oleh .

Pada awal bulan ini, Psyonix berkongsi sebilangan rancangan mereka buat kemaskini bagi permainan Rocket League. Kini, Psyonix akhirnya mengumumkan tarikh bagi beta Rocket League Tournament yang mana ia akan bermula pada 21 hingga 23 Februari ini. Namun, menurut Psyonix, beta ini hanya buat pemain-pemain di PC sahaja.

Rocket League Tournaments merupakan mod kejohanan yang akan memfokuskan permainan tersebut secara kompetitif. Bagi mereka yang bermain beta tersebut, pemain berupaya untuk menghasilkan kejohanan sendiri ataupun menyertai kejohanan yang diadakan oleh pemain lain.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba mod tersebut, anda hanyalah perlu mengaksesnya melalui Steam di bahagian “properties” dan menetapkan sebagai beta.