Informasi Permainan Video Terkini
Nintendo Berkongsi Tiga Video Baru Untuk Labo – Lebih Mendalam Menunjukkan Variety dan Robot Kit

Nintendo Berkongsi Tiga Video Baru Untuk Labo – Lebih Mendalam Menunjukkan Variety dan Robot Kit

Diterbitkan pada Feb 15, 2018 oleh .

Jika sebelum ini Nintendo berkongsi serba sedikit mengenai Nintendo Labo, untuk kali ini Nintendo berkongsi video yang menunjukkan Nintendo Labo dengan lebih mendalam.

Tiga video yang dikongsi di laman rasmi untuk Nintendo Labo adalah video overview, video khas untuk Variety Kit dan juga Robot Kit. Melalui video overview, Nintendo dengan lebih mendalam menunjukkan tagline untuk Nintendo Labo iaitu Make, Play, Discover.

Melalui video khas untuk Variety Kit dan Robot Kit, Nintendo menunjukkan apa yang pemain boleh dapatkan dari kedua-dua kit tersebut. Anda boleh melihat dari segi mod-mod permainan yang disediakan begitu juga bagaimana Labo berfungsi.

Semasa penulisan ini, Nintendo tidak memuat naik video-video ini ke Youtube. Kami akan kongsikan apabila video-video ini berada di Youtube. Untuk masa ini anda boleh melayari laman Nintendo Labo untuk menontonnya.

Nintendo Labo


TIPS & ULASAN