Skip to main content

Pada Disember lepas, Nintendo dan Platinum Games mengumumkan permainan Bayonetta 1 dan 2 akan dipernambah-baikkan dan dilancarkan di konsol hibrid Nintendo Switch. Kini, Nintendo mempertontonkan trailer terbaru bagi permainan tersebut sempena pelancarannya pada 16 Februari ini.

Melalui trailer tersebut, ia memaparkan sebilangan aksi dan senjata yang boleh digunakkan oleh pemain ketika bermain permainan Bayonetta tersebut. Tambahan juga bagi peminat siri permainan oleh Nintendo, Bayonetta juga berpeluang untuk memakai kostum-kostum dari watak Nintendo seperti Samus dari Metroid dan Link dari The Legend Of Zelda.

Siri permainan Bayonetta merupakan permainan aksi yang dibangunkan oleh Platinum Games dan asalnya dilancarkan di Playstation 3 dan Xbox 360 2009 lepas. Ia kemudiannya dilancarkan semula di Nintendo Wii U pada 2014 lepas bersama-sama dengan sekuel permainan tersebut, Bayonetta 2 secara esklusif.

Kini, Bayonetta 1 dan 2 akan dilancarkan semula secara serentak pada 16 Februari ini khas buat konsol Nintendo Switch dimana Bayonetta 2 akan dilancarkan secara fizikal bersama kod untuk muat-turun versi digital Bayonetta 1 akan disertakan bersama.

Leave a Reply