Antara permainan terkenal yang dibangunkan oleh Platinum Games kali ini nampaknya bakal tiba sekali lagi di konsol Nintendo secara esklusif. Bersempena dengan acara The Game Awards 2017, Platinum Games mengumumkan bahawa permainan pernambah-baikkan Bayonetta 1 dan 2 akan tiba secara esklusif di konsol Nintendo Switch pada 16 Februari 2018 ini.
Siri permainan Bayonetta dimana sebelum ini dilancarkan di Playstation 3 dan Xbox 360, yang mana baru-baru ini juga permainan Bayonetta juga dilancarkan di PC melalui Steam. Namun, Bayonetta 2 iaitu permainan sekuel tersebut sebelum ini dilancarkan secara esklusif di konsol Nintendo Wii U pada 2014 yang lepas.
Menariknya kali ini Platinum Games dan juga Nintendo sekali lagi bekerjasama untuk melancarkan kembali kedua-dua permainan tersebut secara esklusif di konsol hybrid Nintendo Switch. Permainan Bayonetta 2 akan dilancarkan secara fizikal dan bagi permainan Bayonetta 1, pemain boleh memuat-turun secara bersama dengan permainan Bayonetta 2.
Namun bukan setakat itu sahaja, Platinum Games juga memperacahkan bahawa Bayonetta 3 juga akan dilancarkan di Nintendo Switch. Ketika acara The Game Awards 2017, Platinum Games berkongsi trailer acah pertama yang mana mereka mengumumkan permainan tersebut kini sedang dibangunkan secara esklusif di Nintendo Switch.
Buat masa ini tiada sebarang bentuk permainan dan informasi lanjut, namun ini merupakan berita yang mengejutkan bagi mereka yang meminati siri Bayonetta dan ingin kembali beraksi bersama beliau di dalam dunia sihir permainan aksi pengembaraan tersebut.