Skip to main content

Crash Bandicoot N’Sane Trilogy merupakan koleksi permainan Crash Bandicoot yang terawal iaitu Crash Bandicoot, Cortex Strikes Back, dan Warped. Setakat ini koleksi ini hanya dikeluarkan untuk PlayStation 4 yang mungkin untuk memperingati Naughty Dog yang merupakan pembangun awal untuk permainan ini.

Koleksi ini diedarkan oleh Activision, jadi tidak mustahil mereka merancang untuk mengeluarkan permainan ini di konsol yang lain. Di dalam buku “Licensing Source Book Europe”, Max Arguile dari GB Eye iaitu syarikat pengeluar barangan mengatakan yang beliau sangat teruja dengan Crash Bandicoot terutama tahun ini N’Sane Trilogy akan dikeluarkan untuk PC dan Switch.

Kami semestinya tidak memasang hajat yang tinggi berdasarkan ura-ura ini kerana sumber agak lemah akan tetapi Activision semestinya memikirkan untuk mengeluarkan permainan ke lebih banyak konsol. Kami akan kemaskini anda apabila menerima lebih banyak maklumat terbaru.

Leave a Reply