Sistem kotak tikam (Lootbox) yang mana kini merupakan satu bentuk permainan yang sering disertakan di dalam permainan video tampaknya akan diharam di Hawaii kelak. Dimana sebelum ini, pihak Belgium mengenalpasti bahawa sistem tersebut merupakan satu perjudian, kini pihak Hawaii pula bakal mengharamkan penjualan kotak tikam tersebut.
Sistem kotak tikam, yang mana sebelum ini sering diperkenalkan di dalam permainan percuma, baru-baru ini sering disertakan dipermainan yang berbayar dimana ia menjadi satu isu buat pemain dimana keseimbangan permainan menjadi tidak terkawal.
Pada masa yang sama, sistem kotak tikam ini juga menyebabkan ketagihan dan memberi kesan negatif buat kanak-kanak. Sekaligus, terdapat sebilangan pihak kerajaan menganggapkan sistem tersebut merupakan satu bentuk perjudian.
Menurut laporan Hawaii Tribune Herald, ahli parlimen Hawaii mengemukakan dua bil bagi undang-undang negara dimana mereka ingin mengharam penjualan kotak tikam buat pemain bawah umur 21 tahun dan pengeluar permainan perlu melabelkan dengan terperinci kadar kebarangkalian untuk menerima kandungan kotak tikam buat mekanik kotak tikam tersebut.
Namun buat masa ini, undang-undang ini masih belum lagi dimuktamadkan dan belum lagi ditandatangani oleh presiden Amerika Syarikat.
Walaubagaimana pun, dengan pelbagai isu berkenaan kotak tikam dan pihak kerajaan di Amerika Syarikat sudah mula mengambil tindakan, mungkin juga pada masa akan datang kerajaan Malaysia juga akan mengambil tindakan terhadap sistem ini.