Informasi Permainan Video Terkini
Fear Effect Sedna Diumumkan – Bakal Tiba 6 Mac Ini

Fear Effect Sedna Diumumkan – Bakal Tiba 6 Mac Ini

Diterbitkan pada Feb 13, 2018 oleh .

Pada Ogos lepas, Forever Entertainment mengumumkan permainan pernambah-baikk Fear Effect Reinvented yang ia masih lagi belum dilancarkan. Namun, hari ini Forever Entertainment mengumumkan satu lagi permainan berdasarkan siri Fear Effect iaitu Fear Effect Sedna yang akan dilancarkan pada 6 Mac ini Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC.

Permainan ini dibangunkan oleh Sushee dan dilancarkan oleh Forever Entertainment. Fear Effect Sedna juga merupakan salah satu permainan indie di bawah Square-Enix Collective.

Berdasarkan trailer yang dipertontonkan, permainan ini mempunyai bentuk permainan kamera secara isometrik dimana pemain akan bertempur, menembak musuh dan juga menyelinap di pangkalan-pangkalan musuh. Menariknya juga, segala watak-watak dari permainan asal Fear Effect juga akan kembali bersama visual seni cel-shaded dan penceritaan yang baru.

Fear Effect Sedna akan dilancarkan pada 6 Mac ini di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC.


TIPS & ULASAN