Informasi Permainan Video Terkini
Fear Effect Reinvented – Permainan Klasik Playstation 1 Dibangunkan Semula

Fear Effect Reinvented – Permainan Klasik Playstation 1 Dibangunkan Semula

Diterbitkan pada Ogos 21, 2017 oleh .

Permainan aksi pengembaraan klasik Fear Effect di Playstation 1 kini kembali dibangunkan semula oleh Forever Entertainment dan Sushee sebagai Fear Effect Reinvented. Permainan yang diberikan nafas baru ini akan dilancarkan untuk Playstation 4, Xbox One, Nintendo Switch dan PC. Sebelum ini, permainan asal Fear Effect telah dilancarkan pada tahun 2000 lepas, dan versi baru ini akan dilancarkan pada 2018.

Menurut pembangun permainan ini, ia bakal dibangunkan dengan grafik terkini, serta beberapa modifikasi bentuk permainan supaya ia menarik minat pemain baru sambil mengekalkan keaslian permainan klasik ini.

Masih tiada lagi informasi lain selain trailer (iklan acah) yang dipertontonkan. Seperti biasa, kami di Aksiz akan berkongsi lebih lanjut berkenaan permainan ini pada masa akan datang.