Skip to main content

Lanjutan berkenaan ura-ura Metal Gear Solid HD Collection dibangunkan oleh Armature Studios, kini Armature Studios akhirnya memberi kenyataan rasmi bahawa mereka tidak membangunkan permainan tersebut di Playstation 4.

Menurut laporan Dualshocker, laman portfolio Armature Studios yang memaparkan permainan tersebut akan dilancarkan di Playstation 4 merupakan satu ralat buat pembina laman tersebut yang mana mereka mengemaskini laman terbaru mereka tersebut dan tidak sengaja meletakkan permainan tersebut di platform Playstation 4.

Armature Studios juga kini telahpun mengemaskini laman tersebut dengan membuang senarai Playstation 4 bagi permainan tersebut sekaligus menghapuskan sebarang ura-ura berkenaan permainan Metal Gear Solid HD Collection akan tiba di Playstation 4.

Walaupun ia agak mengecewakan, namun ramai peminat yang menanti permainan tersebut untuk dipernambah-baikkan di Playstation 4. Mungkin pada masa akan datang, Konami akan merealisasikan impian peminat?

Leave a Reply