Skip to main content

Armature Studio, iaitu pembangun permainan yang bertanggungjawab membawa permainan Metal Gear Solid HD Collection ke konsol Playstation Vita kini tampaknya juga mungkin akan bertanggung jawab membawa permainan tersebut di Playstation 4.

Menurut laman portfolio Armature Studio, mereka memaparkan permainan Metal Gear Solid HD Collection akan dilancarkan di Playstation 4. Walaupun permainan tersebut sememangnya dibangunkan oleh Konami, namun bagi edisi pernambah-baikkan permainan tersebut, ia asalnya dibangunkan oleh Bluepoint Games dan dibantu oleh Armature Studio buat edisi Playstation Vita.

Namun, ini bukanlah sesuatu yang masih sah dan pihak Konami mahupun Armature Studio masih belum mengumumkan sebarang maklum balas berkenaan perkara ini. Tetapi, dengan pelancaran Metal Gear Survive pada 20 Februari ini, bersama ulang tahun Metal Gear yang ke-30. Pelancaran kembali permainan pernambah-baikkan Metal Gear Solid HD Collection mungkin merupakan sesuatu yang menarik buat peminat Metal Gear.

Metal Gear Solid HD Collection merupakan permainan pernambah-baikkan yang dilancarkan di Playstation 3 dan Playstation Vita pada 2012 lepas. Ia merangkumi permainan Metal Gear Solid 2: Sons Of Liberty, Metal Gear Solid 3: Snake Eater dan Metal Gear Solid: Peace Walker.

Leave a Reply