Informasi Permainan Video Terkini
Bandai Namco Berkongsi Bentuk Permainan Bagi Permainan Gundam Breaker Baru

Bandai Namco Berkongsi Bentuk Permainan Bagi Permainan Gundam Breaker Baru

Diterbitkan pada Feb 9, 2018 oleh .

Pada bulan lepas, Bandai Namco mengumumkan permainan baru buat siri Gundam Breaker yang mana ia akan dilancarkan di konsol Playstation 4. Kini, Bandai Namco akhirnya berkongsi bentuk permainan bagi permainan tersebut.

Seperti yang diumumkan oleh Bandai Namco sebelum ini, permainan baru Gundam Breaker kali ini akan menyertakan sebilangan sistem pertempuran yang baru yang mana antaranya adalah keupayaan untuk menukar bahagian-bahagian Gundam secara nyata ketika bertempur. Pemain berupaya untuk mengutip kelengkapan tersebut ketika bertempur dan terus menukar kepada bahagian tersebut secara serentak.

Permainan Gundam Breaker terbaru ini masih lagi dalam pembangunan dan ia akan dilancarkan pada tahun ini di konsol Playstation 4.


TIPS & ULASAN