Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Gundam Breaker Baru Diumumkan Oleh Bandai Namco – Bakal Tiba Di Playstation 4

Permainan Gundam Breaker Baru Diumumkan Oleh Bandai Namco – Bakal Tiba Di Playstation 4

Diterbitkan pada Jan 17, 2018 oleh .

Selain daripada pengumuman permainan SD Gundam G Generation Genesis yang bakal tiba di Nintendo Switch, Bandai Namco juga mengumumkan permainan baru buat siri Gundam Breaker akan tiba di konsol Playstation 4 tahun ini.

Pengumumuman ini dilakukan bersama sempena acara langsung khas pengumuman permainan-permainan baru Gundam oleh Bandai Namco. Bagi anda yang baru buat siri Gundam Breaker, ia merupakan sebuah permainan yang mana pemain berupaya untuk mengubah-suai Gundam dengan pelbagai kelengkapan dan bahagian-bahagian robot meka Gundam lain. Sebelum ini, Gundam Breaker 3 dilancarkan pada 2016 lepas di konsol Playstation 4 dan juga Playstation Vita.

Kini, dengan nama New Gundam Breaker, tampaknya Bandai Namco akan membawa kembali permainan tersebut dengan menggunakan enjin permainan Unreal Engine 4. Bandai Namco juga menyatakan ia akan menyertakan bentuk permainan yang baru dimana pemain berupaya untuk menukar kelengkapan Gundam tersebut secara masa nyata termasuklah ketika bertempur.

Buat masa ini, Bandai Namco masih belum berkongsi informasi lanjut berkenaan permainan tersebut. Namun menurut mereka, permainan ini akan dilancarkan tahun ini secara global termasuklah di pasaran Malaysia dengan sarikata Inggeris seperti permainan-permainan yang dilancarkan oleh mereka sebelum ini.


TIPS & ULASAN