Activision Blizzard hari ini berkongsi laporan pendapatan bagi syarikat mereka yang mana mereka melaporkan hasil jualan mereka bagi kandungan yang terdapat di dalam permainan seperti pernambahan DLC, kotak tikam dan juga pembelian di dalam aplikasi buat permua, mencapai $4 bilion buat sepanjang tahun 2017.
Menurut laporan Gamespot, separuh daripada pendapatan tersebut, $2 bilion adalah daripada hasil jualan bagi anak syarikat mereka, King yang mana ia mengendali permua Candy Crush Saga. Manakala $2 bilion selebihnya adalah hasil jualan bagi permainan yang di konsol dan PC.
Namun, ini bukan sesuatu yang mengejutkan kerana Take-Two Interactive juga mengumumkan bahawa syarikat mereka memperoleh nilai pendapatan yang tinggi disebab mikro-transaksi permainan.
Memandang mikro-transaksi menjadi satu kebiasaan bagi permainan sekarang dan juga ia dibuktikan sangat menguntungkan, mungkin juga pada masa akan datang terdapat banyak lagi syarikat permainan video yang akan ke arah ini. Nintendo juga tidak melepaskan peluang mereka untuk ke arah melancarkan permainan secara mudah-alih dengan menyertakan sistem mikro-transaksi buat sebilangan permua mereka.
Walaupun mikro-transaksi sering ditentang oleh pemain-pemain seluruh dunia, tambahan juga dengan kontroversi kotak tikam tahun lepas, adakah permainan video sekarang akan terus mempunyai sistem mikro-transaksi? Berikan pendapat anda di ruangan komen dibawah.