Skip to main content

Bersempena dengan filem Tomb Raider yang akan ditayangkan pada 15 Mac ini, Dave & Buster’s, iaitu sebuah restoran yang menyediakan permainan arked kini mengumumkan kerjasama mereka bersama Warner Bros dan Crystal Dynamics untuk melancarkan permainan arked Tomb Raider.

Berdasarkan trailer iklan yang dipertontonkan oleh Dave & Buster’s, permainan tersebut merupakan permainan penembak yang mana ia menyokong sebanyak empat pemain serentak.

Buat masa ini, permainan arked Tomb Raider tersebut hanya boleh dimainkan di Amerika Syarikat melalui restoran Dave & Buster’s. Namun, menurut laporan Comic Book, permainan tersebut akan dilancarkan semula secara meluas pada tahun ini.

Leave a Reply