Lanjutan daripada perkongsian Blizzard berkenaan acara khas buat permainan Overwatch beberapa hari lepas, Blizzard kini akhirnya melancarkan secara rasmi acara tersebut iaitu Overwatch Lunar New Year bersempena dengan Tahun Baru Cina.
Acara tersebut akan menyertakan sebilangan kostum baru buat watak-watak di dalam permainan Overwatch, seperti kostum Mercy, McCree dan sebagainya. Menariknya juga, bagi anda yang terlepas untuk mendapatkan kostum-kostum rekaan Tahun Baru Cina sebelum ini, anda kini berpeluang untuk mendapatkan kostum-kostum tersebut ketika acara ini berlangsung.
Selain itu, Blizzard juga menyertakan peta kawasan baru Ayutthaya yang memfokuskan mod permainan Capture The Flag. Peta kawasan Ayutthaya tersebut juga merupakan rekaan yang berdasarkan negara Thailand.
Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan sebilangan kostum terbaru bagi watak Overwatch bersempena Tahun Baru Cina bermula hari ini sehingga 3 Mac ini.