Informasi Permainan Video Terkini
Blizzard Berkongsi Maklumat Baru Untuk Acara Overwatch Lunar New Year – Peta Baru Khas Untuk Mod Capture The Flag
PC

Blizzard Berkongsi Maklumat Baru Untuk Acara Overwatch Lunar New Year – Peta Baru Khas Untuk Mod Capture The Flag

Diterbitkan pada Feb 7, 2018 oleh .

Seperti kita sedia maklum, acara Overwatch Lunar New Year akan bermula pada hari esok. Hari ini melalui video Developer Update, Pengarah Overwatch Jeff Kaplan berkongsi lebih lanjut mengenai acara ini. Video boleh ditonton di bawah.

Perkara utama yang dicakapkan adalah mengenai mod Capture The Flag. Mod ini hadir untuk acara yang sama pada tahun lepas, tetapi pada tahun ini buat pertama kali peta khas akan digunakan. Peta ini adalah berdasarkan Thailand.

Tambah beliau lagi, satu lagi kelainan untuk mod ini berbanding tahun lepas adalah tidak akan ada keputusan seri, di mana mereka akan memperkenalkan sudden death jika seri.