Skip to main content

Konami hari ini mengumumkan beta kedua buat permainan Metal Gear Survive akan berlangsung hujung minggu depan bermula 16 hingga 18 Februari ini.

Ini merupakan beta kedua selepas beta pertama yang mana mereka adakan ketika Januari lepas. Menariknya, beta terbuka tersebut akan diadakan buat ketiga-tiga platform permainan tersebut iaitu di Playstation 4, Xbox One dan PC.

Tambahan juga, bagi mereka yang terlepas untuk mendapatkan barangan ekslusif yang diumumkan oleh Konami bagi pemain yang menyertai beta permainan tersebut, anda masih berpeluang untuk mendapatkan barangan tersebut melalui beta kedua ini.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mencuba permainan Metal Gear Survive hujung minggu hadapan. Metal Gear Survive dirancang untuk dilancarkan pada 20 Februari 2018 ini di konsol Playstation 4 dan Xbox One. Manakala versi PC pula akan dilancarkan pada 22 Februari 2018.

Leave a Reply