Informasi Permainan Video Terkini
Beta Permainan Metal Gear Survive Akan Tiba Di Playstation 4 Dan Xbox One Bermula 18 Sehingga 21 Januari

Beta Permainan Metal Gear Survive Akan Tiba Di Playstation 4 Dan Xbox One Bermula 18 Sehingga 21 Januari

Diterbitkan pada Dis 14, 2017 oleh .

Oktober lepas, Konami mengumumkan tarikh pelancaran buat permainan terbaru Metal Gear Survive iaitu pada 20 Februari 2018. Kini, Konami akhirnya berkongsi tarikh beta buat permainan tersebut bersama informasi tambahan berkenaan bentuk permainan Metal Gear Survive.

Metal Gear Survive merupakan permainan spin-off dimana ia memfokuskan watak askar daripada Motherbase dari Metal Gear Solid V: Ground Zeroes. Pemain akan bermain sebagai askar yang tidak sempat menyelamatkan diri ketika pangkalan Motherbase diserang dan pemain diteleportasikan ke dunia yang mempunyai zombi. Permainan ini boleh dimain secara solo dan multi-pemain sehingga empat pemain serentak dimana pemain berupaya untuk berkoperasi untuk menyelamatkan diri daripada zombi-zombi tersebut.

Menariknya, menurut video yang dipertontonkan, permainan ini menyertakan kandungan permainan secara solo yang pelbagai dengan keupayaan untuk menaik-taraf pangkalan, penceritaan dan pelbagai misi sampingan yang boleh pemain buat. Pemain juga berupaya untuk mencipta barangan dan kelengkapan untuk terus hidup di dunia tersebut disamping keupayaan untuk memburu makanan.

Menurut Konami, bagi mereka yang menyertai beta permainan tersebut, Konami akan menyertakan beberapa kandungan seperti kelengkapan bandana dan Metal Gear REX apabila pemain membeli permainan tersebut apabila ia dilancarkan kelak.

Metal Gear Survive akan dilancarkan pada 20 Februari 2018 ini. Bagi anda yang berminat untuk mencuba permainan ini, Konami juga mengumumkan beta permainan tersebut akan bermula pada 18 sehingga 21 Januari ini melalui konsol Playstation 4 dan Xbox One.


TIPS & ULASAN