Skip to main content

Konami hari ini mengumumkan sebilangan barangan kosmetik buat permainan akan datang Metal Gear Survive akan disertakan bagi mereka yang bermain Metal Gear Solid V: The Phantom Pain dan juga mereka yang mencuba beta terbuka permainan Metal Gear Survive bulan lepas.

Bagi mereka yang bermain permainan Metal Gear Solid V: The Phantom Pain dengan menerima terma dan syarat permainan tersebut dan mempunyai fail penyimpanan permainan tersebut, pemain akan menerima sebilangan barangan secara automatik ketika pemain bermain Metal Gear Survive. Antara barangan yang disertakan adalah

  • Papan nama Metal Gear Online 3
  • Papan nama Diamond Dogs
  • Aksesori kepala Metal Gear Ray
  • Aksesori patch Mata

Manakala bagi mereka yang mencuba permainan tersebut ketika beta terbuka bulan lepas, pemain akan mendapat tiga barangan khas yang pemain boleh tebuskan ketika bermain permainan Metal Gear Survive apabila ia dilancarkan kelak. Antara barangan yang disertakan adalah:

  • Papan nama Foxhound
  • Aksesori Bandana
  • Aksesori kepala Metal Gear Rex

Metal Gear Survive merupakan permainan spin-off dimana ia memfokuskan watak askar daripada Motherbase dari Metal Gear Solid V: Ground Zeroes. Ia juga adalah permainan Metal Gear yang pertama dikeluarkan oleh Konami selepas Hideo Kojima meninggalkan Konami pada Disember 2015 yang lepas. Ia dirancang untuk dilancarkan pada 20 Februari 2018 ini di konsol Playstation 4 dan Xbox One. Manakala versi PC pula akan dilancarkan pada 22 Februari 2018.

Leave a Reply