Selepas expansion terbaru untuk Hearthstone Kobolds & Catacombs dikeluarkan pada bulan Disember lepas, dek aggresif sepert Aggro Paladin, Murloc Paladin dan juga Tempo Rogue menjadi antara dek paling ramai digunakan oleh pemain Heartstone, bukan sahaja kerana murah dari segi kos, dek ini juga cepat untuk dimainkan.
Untuk mengurangkan kekuatan dek aggresif, Blizzard hari ini mengumumkan beberapa perubahan keseimbangan melalui kemaskini 10.2 yang akan datang tidak lama lagi. Antara kad yang terkesan adalah
Bonemare
Bonemare akan mempunyai kos mana 8 berbanding 7 sebelum ini. Kad ini sering digunakan di banyak jenis dek seperti dek aggresif kerana efeknya yang segera membuatkan kad ini sangat bagus. Walaupun peningkatan kos mana ini tidaklah banyak tetapi sekurangnya mengurangkan banyak kombinasi yang sebelum ini tersangat kuat kerana mana tidak mencukupi.
Corridor Creeper
Kad yang baru dipekenalkan melalui expansion Kobolds & Catacombs ini sangat diminta oleh pemain untuk diseimbangkan semula kerana kad ini sering menjadi penentu dalam satu perlawanan. Kad ini diubah dari serangan 5 kepada 2 tanpa perubahan kos mana. Ini semestinya akan memberi kesan kepada dek aggresif kerana sebelum ini walaupun dek aggresif hilang kawalan selepas AOE, kad ini boleh digunakan untuk mengawal permainan kembali
Patches The Pirate
Patches the Pirate akan dikeluarkan dari standard apabilan expansion baru dikeluarkan beberapa bulan lagi, jadi perubahan yang membuang charge dari kad ini sekadar untuk mengurangkan kekuatannya apabila memasuki wild nanti. Walaupun sering diguna oleh dek yang agresif tetapi perubahan ini tidak akan memberi kesan yang banyak sekadar mengurangkan kawalan pada awal permainan.
Raza the Chained
Jika sebelum ini selepas mengunakan Raza, kuasa hero akan menjadi 0, selepas keseimbangan ini akan menjadi 1. Perubahan ini juga untuk mengurangkan kekuatan kad ini di dalam wild dan juga mengurangkan kekuatan Highlander Priest yang dikatakan tidak menarik. Perubahan ini semestinya akan mengurangkan penggunaan Highlander Priest, sekurangnya kita akan dapat melihat dek yang berlainan untuk Priest.
Bagi kami kesemua perubahan ini adalah sangat diperlukan, walaupun kami berharap mereka juga menyentu Warlock tetapi mungkin untuk perubahan seterusnya nanti.