Skip to main content

Pada tahun lepas, D-Pad Studio mengumumkan bahawa permainan 2D platformer Owlboy akan dilancarkan di konsol pada 13 Februari ini. Kini, mereka akhirnya mengumumkan bahawa versi fizikal juga akan dilancarkan. Namun tarikh pelancaran versi fizikal akan dilancarkan pada 29 Mei ini.

Pelancaran edisi fizikal ini merupakan hasil kerjasama antara D-Pad Studio dan Soedesco. Namun, versi fizikal hanya akan dilancarkan di Nintendo Switch dan Playstation 4 sahaja. Bagi versi Xbox One, permainan ini hanya boleh dibeli melalui versi digital yang akan dilancarkan pada 13 Februari ini bersama-sama di konsol lain.

Owlboy adalah permainan pengembaraan platformer yang memfokuskan watak Otus dimana beliau adalah seorang yang bisu, mengembara di dunia Owl-hood. Sepanjang pengembaran tersebut, pemain bakal bertempur dengan pelbagai musuh. Ia asalnya dilancarkan di PC pada 2016 lepas.

Leave a Reply