Hari ini D-Pad Studio mengumumkan permainan indie 2D platformer Owlboy bakal dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC pada 13 Februari 2018 kelak. Mereka juga menyatakan dengan kerjasama Soedesco, mereka bakal mengumumkan edisi fizikal bagi permainan tersebut bakal tiba pada masa akan datang.
Bersempena dengan ulang tahun yang pertama bagi permainan tersebut dilancarkan di Steam pada 2 November lepas, D-Pad Studio mengadakan jualan promosi di Steam dengan harga RM28.20 berbanding harga asalnya RM47. Tambahan juga, D-Pad Studio juga bakal menyertakan kemaskini 12 sokongan bahasa bagi permainan tersebut termasuk lah bahasa Jepun, Korea dan Perancis.
Owlboy adalah permainan pengembaraan platformer yang memfokuskan watak Otus dimana beliau adalah seorang yang bisu, mengembara di dunia Owl-hood. Sepanjang pengembaran tersebut, pemain bakal bertempur dengan pelbagai musuh.