Informasi Permainan Video Terkini
Trailer Watak Teenage Mutant Ninja Turtles Buat Permainan Injustice 2 Dipertontonkan
PC

Trailer Watak Teenage Mutant Ninja Turtles Buat Permainan Injustice 2 Dipertontonkan

Diterbitkan pada Feb 7, 2018 oleh .

Pada November 2017 lepas, NetherRealm Studio dan Warner Bros. Interactive mengumumkan watak Teenage Mutant Ninja Turtles akan tiba buat permainan Injustice 2 sebagai watak pernambahan DLC Fighters Pack 3. Kini, mereka mempertontonkan trailer terbaru bagi ke empat-empat Ninja Turtles tersebut.

Menurut NetherRealms Studio, watak-watak ini akan tiba bulan Februari ini melalui pernambahan DLC Fighter Pack 3 dimana pemain boleh membelinya secara berasingan ataupun melalui pas musim permainan tersebut.

Melalui pernambahan ini, pemain akan dapat bermain sebagai Leonardo, Michaelangelo, Raphael dan Donatello. Mereka juga akan menyertakan sebilangan serangan ikonik Ninja Turtles bersama serangan kombinasi Ninja Turtles.

Injustice 2 adalah permainan perlawanan yang dibangunkan oleh NetherRealm Studio dimana ia memfokuskan penceritaan adiwira daripada DC Entertainment. Permainan ini dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC pada tahun lepas.