Skip to main content

Minggu ini, NetherRealm Studio dan Warner Bros. Interactive Entertainment mengumumkan DLC pernambahan Fighter Pack 3 buat permainan perlawanan Injustice 2 bakal tiba dengan watak-watak tambahan baru iaitu Atom, Enchantress dan ke-empat empat watak Teenage Mutant Ninja Turtle.

Bagi pemain yang membeli permainan Injustice Ultimate Edition mahupun Ultimate Pack, pemain berpeluang untuk mencuba kesemua watak-watak tersebut secara berperingkat sebelum ia dilancarkan kelak bermula 12 Disember ini dengan watak Atom. Namun, NetherRealm Studio masih tidak lagi berkongsi berkenaan tarikh pelancaran bagi watak-watak tersebut.

Injustice 2 adalah permainan perlawanan yang dibangunkan oleh NetherRealm Studio dimana ia memfokuskan penceritaan adiwira daripada DC Entertainment. Permainan ini dilancarkan di konsol Playstation 4 dan Xbox One pada Mei yang lepas. NetherRealm Studio juga mengumumkan versi PC bakal tiba pada 14 November ini.

Leave a Reply