Selain watak terbaru bagi siri Street Fighter, Capcom juga mengumumkan Jedah Dohma dari siri Darkstalkers dan Gamora dari Guardians Of The Galaxy bakal tiba di Marvel VS Capcom: Infinite.

Capcom mengumumkan kedua-dua watak terbaru ini di EVO 2017 disamping menunjukkan bentuk permainan watak tersebut dimainkan oleh Peter Rosas, Combofiend dan Ryan Ramirez, Filipino Champ.

Marvel VS Capcom: Infinite bakal dilancarkan pada 19 September ini di konsol PS4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini