Informasi Permainan Video Terkini
Dynasty Warriors 9 Akan Dilancarkan 13 Februari Ini – Menyertakan Pelbagai Kandungan Tambahan Bagi Pembelian Awal

Dynasty Warriors 9 Akan Dilancarkan 13 Februari Ini – Menyertakan Pelbagai Kandungan Tambahan Bagi Pembelian Awal

Diterbitkan pada Feb 6, 2018 oleh .

Bagi anda yang meminati siri permainan Dynasty Warriors, anda pasti tidak sabar untuk bermain permainan terbaru Dynasty Warriors 9 yang akan dilancarkan pada 13 Februari ini. Hari ini, Koei Tecmo mengumumkan sebilangan kandungan tambahan bagi mereka yang membuat pembelian awal.

Antara kandungan tambahan yang disertakan adalah sebilangan kostum-kostum tambahan bagi watak-watak yang terdapat di dalam permainan tersebut. Dynasty Warriors 9 juga merupakan permainan siri Dynasty Warriors yang pertama yang menyertakan bentuk permainan secara dunia terbuka. Ia juga mempunyai 83 watak yang boleh dimainkan.

Pada Tokyo Game Show yang lepas, kami juga berpeluang untuk memberi pandang pertama bagi permainan tersebut dan juga menemu bual penerbit permainan tersebut, Akihiro Suzuki. Bagi anda yang berminat untuk membacanya, anda boleh membaca artikel tersebut disini.

Dynasty Warriors 9 akan dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC bermula 13 Februari ini. Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan tersebut, ia kini boleh dipra-tempah melalui pengedar rasmi permainan tersebut dan juga sebilangan kedai atas-talian.


TIPS & ULASAN