Skip to main content

Permainan siri Dynasty Warriors merupakan permainan aksi pengembaraan hack dan slash yang sangat terkenal. Dikenali sebagai permainan bentuk Musou, kini Koei Tecmo bakal kembali dengan siri permainan Dynasty Warriors yang baru iaitu Dynasty Warriors 9 yang bakal tiba pada 2018 ini. Saya berkesempatan untuk mencuba permainan ini dan menemu-ramah bersama penerbit permainan tersebut iaitu Akihiro Suzuki.

Dukacitanya, saya hanyalah sempat bermain Dynasty Warriors 9 selama 7 minit sahaja. Tetapi ia cukup untuk saya memberi pandang pertama. Bagi anda yang sudah biasa dengan bentuk permainan Dynasty Warriors, anda mungkin akan merasa permainan ini seolah sama seperti dengan siri sebelumnya. Tetapi Koei Tecmo kali ini menambah beberapa fungsi dan sistem baru untuk permainan ini. Antaranya adalah kawasan dunia yang terbuka.

Dengan sistem terbaru ini, ia sememangnya membuat permainan ini berasa sangat luas untuk diterokai. Tetapi ia juga memberi kesan buruk dimana kebanyakkan masa ketika saya bermain permainan ini, saya menghabiskan masa hanyalah untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Walaubagaimana pun, permainan ini juga menyertakan bersama kenderaan seperti kuda atau bot untuk anda bergerak dengan lebih cepat.

Dari segi kawalan, ia bermain seperti permainan sebelum ini. Musuh kebanyakkannya senang untuk dikalahkan dan saya hanyalah menekan butang kawalan secara rawak untuk menghasilkan serangan kombinasi. Permainan Dynasty Warriors sememangnya bukanlah permainan yang susah dan mendalam, kebanyakkan fungsi serangan didalam permainan ini hanyalah dimainkan secara bersahaja tanpa sebarang sistem yang terlalu kompleks.

Menurut Akihiro Suzuki, penerbit permainan Dynasty Warriors 9, pemain juga berupaya untuk menakhluk dan menyusup kubu musuh dengan pelbagai kelengkapan seperti grappling hook. Koei Tecmo juga menambahkan beberapa fungsi cuaca dinamik dengan putaran masa siang dan malam. Kesemua fungsi tersebut berlaku secara nyata.

Beliau juga menyatakan, dengan fungsi dunia terbuka ini, pemain mempunyai pelbagai kebebasan dan juga misi sampingan dimana pemain berupaya untuk menolong rakyat jelata dimana mereka akan membantu pemain ketika bertempur dengan musuh. Pemain juga boleh melakukan misi sampingan seperti menghancurkan pagar kubu musuh, sekaligus membenarkan askar-askar lain memasuki kubu bersama. Pemain juga tidak perlu melakukan sedemikian, tetapi pemain bakal menghadapi musuh secara solo dan ia mungkin memberi sedikit cabaran buat pemain.

Dynasty Warriors 9 juga bakal mengandungi 83 watak yang boleh dimainkan. 4 watak tersebut merupakan watak baru yang diumumkan, manakal selebihnya merupakan watak-watak dari siri Dynasty Warriors yang lepas. Buat masa ini, Koei Tecmo tidak lagi berkongsi berkenaan tarikh pelancaran bagi permainan ini, tetapi ia bakal tiba pada awal tahun 2018.

Sesi Temu Ramah Bersama Akihiro Suzuki

Setelah 8 siri Dynasty Warriors, mengapakah sekarang anda membuat pilihan untuk meletakkan sistem dunia terbuka?

Kami sememangnya mendengar kritikan dan komen dari peminat, dan kami dapati siri permainan Dynasty Warriors sebelum ini menjadi bosan dan berulangan. Jadi kami mengambil keputusan untuk membawa sistem dunia terbuka untuk memberi kepelbagain kepada pemain.

Bagaimana anda memastikan setiap 83 watak yang terdapat didalam permainan ini berlainan?

Setiap watak yang direka melalui keseluruhan siri Dynasty Warrior terdapat keasliannya. Kami melakukan penyelidikkan bersama nota yang kami kumpul sepanjang pembangunan permainan ini dan sememangnya setiap watak mempunyai keperibadian yang berbeza.

Dengan sistem dunia terbuka, apakah yang lakukan untuk memastikan pemain tidak bosan dan tidak merasa dunia tersebut seolah kosong?

Kami tidak hadkan sistem dunia terbuka untuk permainan ini hanyalah untuk pertempuran. Kami juga menyertakan pelbagai misi sampingan buat pemain termasuk keupayaan untuk memburu binatang dan juga memancing. Kami juga meletakkan pelbagai barangan untuk pemain mengumpul barangan.

Selain kuda, apakah kenderaan yang boleh digunakan oleh pemain untuk meneroka peta yang besar di dalam permainan tersebut?

Kami juga menyertakan bot untuk pemain meneroka kawasan-kawasan di dalam permaina Dynasty Warriors 9, termasuklah keupayaan untuk mengembara di dok-dok yang berbeza di kawasan yang luas permainan ini. Bagi kuda pula, kami juga menyertakan beberapa kepelbagain buat pemain seperti keupayaan untuk membeli kuda dan mengubah-suai kostum dan rupa kuda tersebut.

Adakah permainan ini bakal mendapat sokongan Playstation 4 Pro?

Seperti permainan Nioh, dimana ia juga merupakan permainan yang dilancarkan oleh kami, kami akan sertakan bersama mod 60FPS dan juga mod 30FPS bersama sokongan resolusi 4k secara dinamik.

Pada masa akan datang, adakah anda akan mengekal sistem dunia terbuka buat siri permainan Dynasty Warriors?

Kami masih lagi belum ada kata putus berkenaan perkara tersebut, tetapi kami akan menanti komen dan kritikan peminat, jika mereka menyukainya, kami mungkin akan kekalkan sistem dunia terbuka ini untuk permainan Dynasty Warriors pada masa akan datang.

Leave a Reply