Informasi Permainan Video Terkini
Nintendo Dan Illumination Entertainment Sahkan Filem Animasi Super Mario Sedang Dibangunkan

Nintendo Dan Illumination Entertainment Sahkan Filem Animasi Super Mario Sedang Dibangunkan

Diterbitkan pada Feb 1, 2018 oleh .

Nintendo dan Illumination Entertainment hari ini mengumumkan secara rasmi bahawa filem animasi Super Mario akan mula dibangunkan. Beberapa minggu lepas, presiden Nintendo Tatsumi Kimishima juga menyatakan bahawa mereka berminat untuk bekerjasama bersama studio Illumination Entertainment dimana mereka terkenal dengan filem animasi Despicable Me dan Minion. Kini tampaknya khabar angin tersebut adalah nyata.

Menurut Nintendo, filem animasi Super Mario tersebut akan diaraskan oleh Chris Meledandri iaitu pengasas studio Illumination Entertainment bersama Shigeru Miyamoto iaitu pereka asal permainan Super Mario. Tambahan juga, Universal Pictures dan Nintendo juga akan menjadi pengedar utama untuk filem tersebut bagi pelancarannya secara global.

Ini merupakan satu kerjasama yang menarik memandangkan filem-filem yang dihasilkan oleh Illumination Entertainment mempunyai hasil kualiti yang sangat baik dan diminati oleh ramai peminat. Kami di Aksiz juga percaya filem Super Mario tersebut akan menjadi satu cara yang baik untuk membuka lagi peluang untuk penonton menerima watak Mario sebagai satu watak ikonik di pelusuk dunia.


TIPS & ULASAN