Melalui temubual bersama surat khabar Jepun Kyoto Shimbun yang diterjemah oleh Gameinformer, Presiden Nintendo Tatsumi Kimishima menyatakan beliau berharap penjanjian kerjasama mengenai filem animasi Mario dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

Beliau juga berharap jika tiada masalah dalam perundingan, filem animasi ini dapat dikeluarkan semasa Olimpik di Tokyo iaitu pada tahun 2020. Mengikut khabar angin, Nintendo akan bekerjasama dengan studio Illumination iaitu pengeluar animasi Despicable Me dan Minions.

Sememangnya filem animasi Mario merupakan satu konsep yang menarik memandangkan siri permainan Mario terdiri dengan pelbagai watak yang menarik sepanjang permainan tersebut dilancarkan di konsol-konsol Nintendo. Namun, kami berharap filem ini tidak akan mengulangi filem Super Mario Bros. yang dikeluarkan pada tahun 1993.

Sohor Kini