Informasi Permainan Video Terkini
Ini Adalah Permainan Percuma PS Plus Untuk Januari 2018

Ini Adalah Permainan Percuma PS Plus Untuk Januari 2018

Diterbitkan pada Dis 28, 2017 oleh .

PlayStation Plus adalah perkhidmatan langganan yang ditawarkan oleh Sony, dimana melaluinya selain sokongan bermain atas-talian, Sony turut menawarkan sejumlah permainan secara percuma untuk pelanggannya pada setiap bulan. Terkini, pihak Sony telah pun mengumumkan apakah kandungan percuma yang bakal ditawarkan untuk pelanggan PS Plus untuk Januari 2018 kelak.

Untuk bulan Januari 2018, PS Plus akan menawarkan permainan untuk konsol Playstation 4 adalah Batman : The TellTale Series dan Deus Ex : Mankind Divided. Manakala bagi Playstation VR, Sony menawarkan permainan StarBlood Arena.

Bagi anda yang memilik Playstation Vita, Sony menawarkan Uncanny Valley yang mana permainan tersebut juga boleh dimainkan melalui Playstation 4. Bagi pengguna Playstation 3 pula, anda akan mendapat Bioshock: Infinite dan Sacred 3.

Bagi anda yang melanggan PS Plus, anda boleh mendapatkan permainan ini secara percuma bermula daripada 11 Januari 2018 hingga 7 Februari 2018 kelak.


TIPS & ULASAN