Jualan Nintendo Switch Menghampiri 15 Juta Unit

Nintendo Switch merupakan konsol mudah-alih berbentuk hibrid yang telah diperkenalkan oleh Nintendo pada tahun lepas, dimana ia menawarkan kebolehan untuk dimainkan secara mudah-alih, atau dihubungkan ke dok khas untuk dimainkan pada televisyen.

Selepas mencatatkan hampir 10 juta unit terjual pada tahun lepas, kini jualan Switch terus berkembang secara positif. Melalui pengumuman kewangan terkini, Nintendo menyasarkan angka jualan Switch melangkaui 15 juta unit menjelang bulan Mac 2018 kelak.

Nintendo Switch

Perkara ini mungkin tidak mengejutkan ramai, kerana Switch merupakan antara konsol yang dikatakan sebagai konsol popular yang terjual dengan pantas. Malah, beberapa permainan khusus untuknya turut menarik pengguna untuk mendapatkannya, termasuk The Legend of Zelda.

Nintendo sendiri menyasarkan mereka dapat menjual lebih 20 juta unit NIntendo Switch secara keseluruhan pada 2018 ini.

Sohor Kini