Nintendo Switch adalah konsol berbentuk hibrid yang telah mula ditawarkan kepada umum sejak bulan Mac lepas. Kini, selang sekitar 9 bulan sejak pengenalannya, Nintendo hari ini mengatakan ia telah terjual sekitar 10 juta unit sehingga ini.

Nintendo Switch merupakan konsol yang boleh dihubungkan ke kaca televisyen untuk dinikmati di ruang tamu, selain pada masa yang sama turut boleh diasingkan dan dimainkan sebagai sebuah peranti mudah-alih.

Pelbagai permainan telah ditawarkan untuknya sejak pengenalan. Pencapaian angka ini semestinya suatu perkara yang membanggakan pihak Nintendo – dan pada masa yang sama mereka kini sedang mempertingkatkan kadar pengeluaran Switch supaya dapat menampung permintaan konsol berkenaan.

Bagi anda sendiri, adakah anda telah mencuba konsol terbaru daripada Nintendo ini?

Sohor Kini